Isnin, 7 Mac 2011

Sekitar Lawatan TV Selangor Bersama YB & Ahli Majlis MPS

Krew TV Selangor Sedang temuaduga YBhg Ustaz Hasbullah (Ahli Majlis Zon 13 MPS) Semasa Lawatan Bersama YB Amiruddin (ADUN Batu Caves) Di sekitar Kampung Nakhoda dan Sungai Kertas.

Isnin, 31 Januari 2011

LAWATAN

Ahli Majlis dan Penolong Kejuruteraan MPS melawat kawasan pembinaan jalan masuk ke jalan Nakhoda kiri.






Ah

Selasa, 14 Disember 2010

HARI MESRA MPS, DAN MAJLIS BERKHATAN ANJURAN JKP ZON 13 & 14

Hari Mesra MPS JKP Zon 13 & 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Dewan JKKK Kg Baru Batu Caves, disini pagi semalam.



Ustaz Hasbullah Ridzuan Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 13, berkata selain mengadakan hari mesra MPS, diadakan juga Pertandingan Futsal, manakala seramai 45 orang kanak-kanak telah menyertai Pertandingan Mewarna diantara umur 5-12thn bagi mengcungkil bakat mereka yang sedia ada.

Disamping itu, diadakan juga majlis penyerahan sijil kepada AJK JKP yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik selama berkhidmat di zon 13 & 14 dan memberi sijil penghargaan kepada agensi Kerajaan yang berterlibat dalam program ini.

Menurutnya lagi, Kaunter pemeriksaan kesihatan juga dibuka untuk rakyat yang hadir,
mereka diberikan rawatan kesihatan pecuma dan paling meriah sekali diadakan Majlis berkhatan Tradisional beramai – ramai. Seramai 36 orang kanak – kanak diantara umur
7-12 tahun telah menyertai majlis tersebut.

Bagi memeriahkan majlis ini semburan air kepada kanak-kanak telah dilakukan untuk menyejukkan mereka sebelum majlis berkhatan dilaksanakan.

Mereka diiringi dengan menaiki lori dan irama kompang untuk mengelilingi di
sekitar Kawasan DUN Batu Caves.

Ustaz Hasbullah berkata “Alhamdulilah, dengan kerjasama semua pihak terutamanya penduduk sekitar zon 13 dan zon 14 MPS, Bomba, Polis, Pejabat Kesihatan maka program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengira parti. Semoga program yang dianjurkan oleh JKP/MPS untuk menyatukan rakyat terus dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak”, ujarnya.

Ibubapa gembira diberi peluang untuk bersalaman dengan pimpinan disini terutamanya ADUN Batu caves, Ahli-ahli Majlis Zon 13 & 14 MPS, Ketua-Ketua Kampung, Nazir Masjid dan Pengerusi-Pengerusi Taman dengan perjumpaan seperti ini kami dapat mengenali saf-saf pimpinan di zon kami.

“seorang pengunjung berkata agar dapat mengekalkan adat istiadat melayu. Lagipun program ini dibayar dengan murah sahaja dengan harga RM60. Kalau diklinik swasta sudah pasti harganya RM150 seorang. Dengan pendapatan ibubapa mungkin tidak mampu untuk membiayai kos tersebut”.

Khamis, 30 September 2010

Majlis Talimat bersama Syabas

Majlis Talimat Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Bersama Syabas di Dewan JKKK Kg. Nakhoda





Rabu, 29 September 2010

Majlis Rumah Terbuka Majlis Perbandaran Selayang

Majlis Rumah Terbuka bersama YDP Majlis Perbandaran Selayang Dato' Zainal Abidin Azim dengan Ahli-Ahli Majlis dan Staff MPS di Menera Majlis Perbandaran Selayang