Isnin, 30 Ogos 2010

NAIK TARAF TAMAN PERMAINAN

Taman Selayang: Taman permainan kanak-kanak Taman Selayang dinaik tarafkan semula mengantikan yang lama dan uzur serta tidak lagi sesuai untuk dimain oleh kanak-kanak.

Oleh tu pihak JKP Zon 13 dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Selayang mengantikan permain yang baru.

Sabtu, 21 Ogos 2010

TINDAKAN ADUAN ORANG RAMAI

JKP Zon 13 dan Ahli Majlis mengambil tindakan segera diatas aduan orang ramai, yang mengganggu ketenteraman awam.

Maklumat dari orang ramai, banyak remaja membawa motorsikal secara merbahaya dalam taman, Pembuang sampah ditempat larangan dan Pokok terkena wayar elekrtik, orang ramai risau akan keselamatanya.

Pihak JKP dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengambil tidakan segera dan membuat bonggol di jalan-jalan dalam taman dan kampung dan Pemotongan pokok-pokoknya.

Khamis, 19 Ogos 2010

LAWATAN KE PASAR JUADAH KG. LAKSAMANA

Kg.Laksamana: Lawatan YB. Adun Batu Caves dan Ahli Majlis MPS Turun melawat tapak Pasar Juadah di Kg. Laksamana.

Khamis, 12 Ogos 2010

OPS BANJIR KG LAKSAMANA

Banjir melanda lagi di Kampung Laksamana sekitar Jalan 6/1 - 6/3, Dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon 13 dan Pemuda PAS Batu caves serta Unit Amal Gombak turun membantu "Ops' Bersih" banjir di Kampung Laksamana.

Khamis, 1 April 2010

LAWATAN DI KAWASAN BANJIR

Lawatan YB, Ahli Majlis, MPS, JPS & Lain-Lain
Ke Kawasan Banjir Kilat Di Kg Nakhoda Dan Kg Laksamana



Terima kasih kepada unit amal dan briged amal yang telah turun ke zon 13 mps membantu sedaya upaya mangsa banjir kilat di kg nakhoda dan kg laksamana.

Jumaat, 12 Mac 2010

MINI KONSERT HIBUR DIDIK

Batu Caves: Program Mini Konsert Hibur Didik Anjuran Bersama :
Adun Batu Caves, JKP Zon 13, PeBT Zon 13, Masjid Al-Amaniah, AYC & Unit Amal Gombak

Konsert ini diadakan diperkarangan Masjid Amaniah, Yang dirasmikan oleh YB Amirudin Shari (Adun Batu Caves)