Rabu, 23 Disember 2009

Setahun Setengah

Batu Caves: Alhamdulillah tirai 2009 hampir dilabuhkan, Ertinya telah hampir satu tahun setengah saya diberikan amanah sebagai ahli majlis dan bertanggungjawab secara khusus di Zon 13 ini.

Saya bersyukur dalam keterbatasan yang dihadapi beberapa program pembangunan infrastruktur telah berjaya dilaksanakan di Zon 13.

Antaranya, penurapan Jalan-jalan di Kg. Nakhoda dan Taman Batu Caves, pembinaan longkang d Kg. Baru Batu Caves, Kg. Nakhoda dan Kg. Laksamana, Projek Pelancongan dengan pembangunan Sg Batu Riverfront.

Beberapa program mesra rakyat juga telah dilaksanakan dengan jaya dan mendapat sambutan hangat masyarakat setempat.

Antaranya, Program berkhatan di Kg. Baru Batu Caves, Hari Kesihatan Wanita di Masjid Kg. Nakhoda, Kem Merentasi Sempadan Remaja, Kem Celik Membaca dan banyak lagi. Insya Allah akan di sertakan dengan album untuk tatapan kita semua.

Saya mengambil kesempatan ini, memohon maaf kepada semua warga zon 13 mps yang mungkin saya terlepas pandang atau belum sempat melayan aduan dan permintaan tuan-tuan. Insya allah semoga Allah memberikan kekuatan untuk saya tingkatkan khidmat pada tahun hadapan.

Ahad, 20 Disember 2009

Kursus Ahli Majlis Siri 2/2009

Pengerusi JKP Zon 13, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan menghadiri kursus selama tiga hari di Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan di Morib.

Kursus tiga hari ini memberikan pendedahan tentang penyediaan bajet, penggunaan teknologi maklumat, keselamatan dan menyediakan program mesra rakyat.

Sabtu, 19 Disember 2009

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Batu Caves, Majlis khatan seringkali diadakan saban tahun semasa cuti semester akhir persekolahan. Secara tidak langsung, ianya memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk menunaikan kewajiban agama disamping pra syarat untuk menjadi seorang lelaki muslim yang sejati.


Majlis di rasmian oleh: YB Amirudin Shaari ADUN Batu Caves

Para Ibubapa sedang mendengar ucapan.


Majlis juga di meriahkan lagi dengan kanak-kanak yang akan berkhatan dengan dibawa berarak menaiki lori mengililingi beberapa buah kampung dan taman.

Pasukan Unit Amal Gombak sedang bersiap sedia untuk berkonvoi bersama para peserta mengelilingi kampung.

Kehadiran pihak bomba yang telah membasahkan calon-calon khatan dengan pacutan air dari kereta bomba.


Peserta dan Ibubapa berada dalam bilik Khatan

Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 13 dengan kerjasama Jabatan Amal Gombak,JKKK Kg. Baru Batu Caves dan JKKK Kg. Nakhoda berlangsung dengan meriah dan penuh tradisi.

Program ini adalah sebahagian acara tahunan bertujuan untuk memberi perkhidmatan sosial kepada masyarakat selain memenuhi tuntutan syariat kepada kanak-kanak yang bakal menempuh alam remaja.

Dengan adanya majlis seumpama ini dapat memberi peluang kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak berkhatan diklinik kerana pihak penganjur hanya mengenakan bayaran sebanyak RM60 sahaja.Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban ibubapa dalam kegawatan ekonomi ketika ini.

Ia juga dapat mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat setempat dan boleh saling berkenalan dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Khamis, 17 Disember 2009

PROGRAM MERENTASI SEMPADAN ALAM REMAJA

JKP Zon 13 MPS, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan Mengadakan Kem Merentasi Sempadan Alam Remaja di Nur Laman Bestari (P1) Ulu Yam.

Kem ini merupakan sebuah Kem Remaja yang baru sahaja memasuki alam remaja, dimana dalam program ini di Motivasikan oleh Ustaz-ustaz yang bertauliah, Kem selama 3 hari ini penuh bermakna bagi mereka akan menjalani kehidupan dalam alam remaja ini.



Para peserta dan urusetia mengambil gambar kenangan bersama di Dewan Seri Bestarai 1.

Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan(JKP Zon 13 MPS) sedang berucap dan memberi motivasi.

Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan sedang menyampaikan hadiah kepada para peserta


Para peseta membuat senaman ringan sebelum motivesi seri ke 2 diadakan.

Peserta nampak begitu gembira dapat apabila mana kumpulan mereka disebut memenangi hadiah.