Rabu, 23 Disember 2009

Setahun Setengah

Batu Caves: Alhamdulillah tirai 2009 hampir dilabuhkan, Ertinya telah hampir satu tahun setengah saya diberikan amanah sebagai ahli majlis dan bertanggungjawab secara khusus di Zon 13 ini.

Saya bersyukur dalam keterbatasan yang dihadapi beberapa program pembangunan infrastruktur telah berjaya dilaksanakan di Zon 13.

Antaranya, penurapan Jalan-jalan di Kg. Nakhoda dan Taman Batu Caves, pembinaan longkang d Kg. Baru Batu Caves, Kg. Nakhoda dan Kg. Laksamana, Projek Pelancongan dengan pembangunan Sg Batu Riverfront.

Beberapa program mesra rakyat juga telah dilaksanakan dengan jaya dan mendapat sambutan hangat masyarakat setempat.

Antaranya, Program berkhatan di Kg. Baru Batu Caves, Hari Kesihatan Wanita di Masjid Kg. Nakhoda, Kem Merentasi Sempadan Remaja, Kem Celik Membaca dan banyak lagi. Insya Allah akan di sertakan dengan album untuk tatapan kita semua.

Saya mengambil kesempatan ini, memohon maaf kepada semua warga zon 13 mps yang mungkin saya terlepas pandang atau belum sempat melayan aduan dan permintaan tuan-tuan. Insya allah semoga Allah memberikan kekuatan untuk saya tingkatkan khidmat pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan